Tuesday, June 28, 2011

New Info =))

KEBAIKAN MINUM TEH HIJAU ~copy from internet ye.

Teh hijau telah menjadi minuman popular sejak kebelakangan ini disebabkan oleh liputan media tentang manfaat kesihatannya. Orang-orang China telah minum teh hijau selama beratus-ratus tahun kerana kemampuannya mengubati sakit kepala dan membantu mencegah kanser. Banyak kajian yang dihasilkan baru-baru ini juga telah menjumpai banyak manafaat herba ini dari segi kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh anda perolehi dari amalan meminum teh hijau.

MENURUNKAN KOLESTEROL

Jika anda menghadapi masalah kolesterol tinggi, minum teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian mendapati bahan catechin dalam teh hijau dapat mengelak pembekuan darah dalam pembuluh darah. Selain itu, teh hijau telah didapati untuk berupaya mengurangkan tahap LDL yang merupakan kolesterol tidak baik dalam darah. Ia sekali gus mengawal nisbah kolesterol tidak baik kepada kolesterol baik pada peringkat yang optimum.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Teh ini akan membantu proses thermogensis - proses yang mengawal kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Polifenol dalam teh hijau didapati mengoksidakan lemak. Tabiat meminum teh hijau dapat meningkatkan tahap metabolisme dan ini akan menghasilkan penurunan berat badan yang lebih cepat. Teh adalah minuman berkalori rendah jika dibandingkan dengan minuman yang biasa kita minum semasa sarapan. Berbanding meminum kopi, meminum teh akan merendahkan pengambilan kalori harian anda.

GIGI YANG SIHAT

Fluorida adalah baik untuk gigi dan teh hijau didapati mempunyai kandungan fluorida yang banyak. Fluorida membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan plak dan akan membantu menjaga kesihatan gigi secara umum. Meminum kopi akan meninggalkan warna kuning pada gigi; di sebaliknya, meminum teh hijau memperbaiki keadaan gigi anda.

PENCEGAHAN KANSER

Aktiviti radikal bebas adalah salah satu penyebab kanser. Dengan meminum teh hijau dapat memberikan manfaat antioksida kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah penyebab kanser sebagaimana disebutkan dalam proses penuaan tubuh. Polifenol dalam teh hijau akan memburu radikal bebas dan mencegah pembentukan oksigen tidak stabil yang disebabkan oleh radikal bebas; radikal bebas boleh merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung bahkan stroke. Meminum teh hijau akan mencegah pembentukan sel-sel abnormal di dalam tubuh kita.

KESIMPULAN

Teh mempunyai banyak manfaat sebagaimana disebutkan di atas seperti mengurangkan kanser, serangan jantung dan tahap kolesterol LDL yang tinggi yang merupakan pembunuh manusia di zaman moden ini. Maka, minumlah beberapa cawan teh hijau sehari bagi mengurangkan risiko anda.

*tetibe je post pasal green tea ni, btw semoga bermanfaat..


~ALLAH YANG MAHA MENYEMBUHKAN..setiap penyakit ada penawarnya..insyaAllah.


mode : 2 Julai exam Anatomy..Allahuyusahhil!